Aku hanya
seorang lelaki yang biasa, yang hanya mampu mencoretkan bait – baitkan
kata kepada bakal isteriku, yang aku sendiri masih dalam mencarinya.
Dengarlah luahan hatiku, seorang lelaki biasa..
Tak terasa sudah demikian lama kita hidup di dunia ini. Bergelut dengan
kefanaan yang seolah tanpa hujung. Padahal, kelak akan kita punah
menjadi tanah. Kita terseret, lalu terbawa hingga kadangkala lupa jalan
pulang pada kematian. Andai terus saja kita ingat akan itu semua, tak
mungkin diri resah akan dunia setelah kematian.
Wahai bakal isteriku, wanita yang tak pernah kuketahui siapa engkau,
Kadangkala aku merasa resah. Jika malam kian gelisah, kerana tak jua
aku mampu menemukanmu. Selimut tidurku tak cukup untuk mengusir dinginya
malam. Solat wajibku terasa tak sempurna jika tiada seseorang
mendampingi di sisi. Ingin rasanya ku laungkan ayat-ayat cinta Allah
dalam setiap solatku bersama dengan mu dan anak-anak kita kelak. Aku
menjadi imammu dan kau makmumku.
Wahai bakal isteriku, yang Allah ciptakan untuk mendampingiku,
Setelah solat Maghrib mahupun waktu-waktu seperti biasanya, kau
membacakan ayat-ayat Alquran untuk dirimu dan Tuhanmu. Ingin, rasanya ku
dengar suara syahdumu, ingin rasanya kita alunkan bersama ayat-ayat
cinta-Nya. Kita baca dengan suara yang mengalun dalam hati penuh
kerinduan pada Allah dan RasulNya. Satu ayat pun cukup. Kerana,
setelahnya ada keimanan yang terpancar di rumah kita. Rumah tanpa kata,
rumah sederhana yang hanya ada tawa dan gurauan bahagia penuh cinta.
Tahukah kau bahwa setiap kali aku memulai aktiviti seperti ada yang
kurang jika ku toleh ke kiri ke kanan. Alangkah indah rasanya bangun
sepertiga malam, mengerjakan dua Rakaat dan bermunajat pada Rabb Allah
SWT Tuhan kita. Kita mengadu bersama padaNya. Bersama menaruhkan
kerinduan padaNya. Menguntai kata berselimutkan iman, hingga tak terasa
air mata berlinang di pipi kita. Kau memandang ku, lalu ku usap air
matamu. Subhanallah, pipimu merona merah kala kita berpadang mata. Duhai
indahnya.
Wahai bakal isteriku,
Sekelumit inginku,
keinginan sederhana keinginanku sebagai lelaki yang biasa-biasa sahaja.
Hari-hariku memang sangat biasa-biasa saja. Hidupku dipenuhi hanya
dengan hal-hal yang sederhana. Jika kau kelak dipertemukan denganku
secara nyata, ku mohon kau terima aku kerana Dia, kerana Allah dalam
setiap do’a panjangmu dan istikharahmu. Ku mohon agar kita mampu
membuang sifat tamak dan kesombongan. Agar, kita boleh menjalani rumah
tangga dengan kesyukuran kelak.
Kau cerminku, aku pun cermin mu.
Maka ku usahakan dalam diri ini selalu setia pada jalan-Nya. Kadangkala
memang jalanku tak sempurna, belok kesana ke sini. Aku pun bukan lelaki
dicintai syurga, tetapi aku berusaha menjadi yang terbaik dengan caraku.
Aku usahakan agar seirama mungkin pada kebenaran. Maka, do’akanlah aku
agar dapat sebanding imanku dengan imanmu. Kebaikanku dengan kebaikanmu
Wahai bakal isteriku, yang ku rindukan dan tak ku ketahui engkau siapa,
letih rasanya pencarian ini, seperti keletihanmu untuk menantiku
menemuimu. Tetapi, aku selalu menyimpan harapan yang suci, dan berusaha
menjadikan ahlak ini bolwh dan mampu kau pandang dengan sesederhananya.
Memang tak sebaik lelaki yang kau kenal kesolehannya tetapi aku akan
berusaha semampu yang aku boleh.
Namun, jika tiba waktunya aku memang tak seperti yang kau inginkan, aku harap pandanglah aku kerana ketulusanku.
Wahai bakal isteriku,
Mari kita timbang kita susun dalam doa – doa padaNya. Kita jadikan doa
sebagai senjata yang paling ampuh. Senjata untuk saling menemukan juga
senjata untuk mengimbangi hiruk – pikuk dunia yang melenakan. Semoga
kita saling menemukan.
Sampai disini sementara coretan ini buatmu.
Luahan dariku lelaki yang biasa sahaja, dengan hidup yang sederhana.
Tunggu coretan selanjutnya dariku hingga kita saling bertemu dalam
munakahat. Semoga kamu masih bertahan dan aku pun tetap pada jalan-Nya.
“Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi-Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
Bersatu memikul beban dakwah-Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia
untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu
Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini
akan jalannya yang benar
Penuhkanlah muara hati ini..
dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada-Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini
dengan makrifat, pengetahuan sebenar-benarnya tentang-Mu
Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini
Sebagai para syuhada’ dlm perjuangan Agama-Mu
Engkau lah sebaik-baik sandaran..
dan sebaik-baik penolong ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini
Amin ya Rabbal Alamin..
dikutip dari izinkan aku menikah tanpa pacaran
Kamis, 26 April 2012